483 Pati Dicekup Di Semporna

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 1:12 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Sejumlah 483 orang dipercayai pendatang tanpa izin yang majoritinya warga Filipina ditahan dalam Ops Gasak 8 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di lima kampung pesisir pantai berhampiran pekan Semporna pada Ahad.

Pengarah Bahagian Pertahanan ESSCom Mejar Jen Datuk Masrani Paiman berkata kesemua mereka termasuk 221 wanita yang tidak memiliki dokumen sah itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Katanya operasi yang bermula 2.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 8 malam itu dijalankan di Kampung Air, Bangau-Bangau, Ubian, Panji dan kampung Hallo.

"Kesemua mereka yang tidak mempunyai dokumen sah akan ditempatkan di Pusat Tahanan Sementara Sandakan sebelum dihantar pulang ke negara asal," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Masrani berkata kesemua pendatang itu adalah antara 551 orang yang diperiksa dalam operasi bersepadu membabitkan AngkatanTentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Daerah Semporna.

Ops Gasak 7 yang dilaksanakan di Kampung Long Danau, Lahad Datu pada 21 April lepas menyaksikan seorang lelaki berumur 57 tahun ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes memasang bendera Kesultanan Sulu.

Masrani berkata Ops Gasak itu, yang akan diperluaskan ke kawasan lain di Zon Selamat Timur Sabah (ESSCom), bertujuan membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) daripada pendatang tanpa izin.

ESSZone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau, dan daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.


Tags / Kata Kunci: Semporna , Pati

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan