Mayat Pelajar Ditemui Selepas 8 Hari Hilang

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui petang semalam selepas lapan hari dilaporkan hilang ketika mandi di Air Terjun Sungai Gapoi, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata, mayat Sean Ng, 15, ditemui orang awam kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa yang berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur itu ditemui pada 6.10 petang semalam oleh orang ramai yang kemudian memaklumkan kepada anggota polis.

"Sebahagian tubuh mayat dan kaki kanannya dalam keadaan reput dan mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Katanya keluarga pelajar itu telah dimaklumkan tentang penemuan itu.

Pelajar itu bersama-sama 11 rakannya yang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan dilaporkan hilang kira-kira 3 petang ketika mandi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan