Pihak Berkuasa Singapura Rampas 2.2 Kg Dadah, Rakyat Malaysia Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura merampas 2.2kg dadah bernilai S$170,000 dan menangkap tujuh orang termasuk seorang rakyat Malaysia, semalam.

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaan Imigresen (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) hari ini, menyatakan lelaki rakyat Malaysia yang memandu sebuah kereta berdaftar di Malaysia ditahan para pegawai ICA untuk pemeriksaan rutin sebaik tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Jumaat pagi.

Berikutan pemeriksaan itu, para pegawai ICA menjumpai bungkusan yang dibalut dengan pita pelekat hitam dipercayai dadah kawalan, disembunyikan di penghadang bahagian depan kenderaan itu.

Bungkusan yang dirampas itu mengandungi 1,153gram heroin dan 185gram kanabis, bernilai lebih daripada S$127,000 di pasaran.

Para pegawai CNB dimaklumkan segera berhubung perkara itu.

Lelaki berumur 33 tahun dan eksibit yang dijumpai diserahkan kepada CNB untuk siasatan lanjut.

Pada hari yang sama di sebelah tengah hari, para pegawai CNB menyerbu sebuah rumah di Bedok dan menangkap seorang lelaki rakyat Singapura berumur 57 tahun dan dua wanita, seorang warga Singapura dan seorang lagi warga Indonesia, masing-masing berumur 41 dan 28 tahun.

Pelbagai jenis dadah termasuk 136gram heroin, sejumlah kecil syabu, ecstasy dan pil-pil Eramin-5 bersama dengan kelengkapan berkaitan dadah juga ditemui di rumah itu.

Kira-kira setengah jam kemudian, satu lagi kumpulan para pegawai CNB digerakkan ke sebuah rumah lain di Tampines dan di situ mereka menangkap tiga lelaki rakyat Singapura berumur 27 hingga 38 tahun dan merampas 700gram kanabis, 371 pil Eramin-5 dan sejumlah kecil syabu dan heroin.

Pihak berkuasa berkata jumlah heroin yang dirampas boleh digunakan 615 penagih untuk tempoh seminggu.
Tags / Kata Kunci: rampasan dadah , ICA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan