Seorang Maut, 5 Cedera Ditembak Ketika Makan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut, manakala lima rakannya cedera selepas ditembak dari jarak dekat di Jalan Ipoh di sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi tadi, keenam-enam lelaki tersebut sedang makan di sebuah restoran sebelum dihampiri seorang lelaki menaiki Perodua Myvi.

"Suspek kemudiannya melepaskan tujuh das tembakan ke arah semua mangsa menggunakan pistol jenis semi-auto sebelum melarikan diri menaiki kereta tersebut yang dipandu seorang lagi suspek.

"Setakat ini, jumlah suspek yang berada di dalam kereta itu tidak dapat dipastikan," katanya di sini, Sabtu.

Zakaria berkata, keenam-enam mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun seorang daripada mangsa berumur 38 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HKL manakala lima lagi dimasukkan ke unit kecemasan HKL.

Kesemua mangsa berusia antara 22 hingga 51 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki, bahu dan pipi.

Polis turut menjumpai tujuh kelongsong peluru dipercayai daripada pistol yang digunakan oleh suspek dan motif kejadian itu masih disiasat.

Zakaria berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan