Culik: Polis Tidak Terima Permintaan Wang Tebusan - Bakri Zinin

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 9:31 PM

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menunjukkan gambar seorang warga China yang diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata di pulau Baik Lahad Datu minggu lalu. -foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan daripada sekumpulan lelaki yang menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan di Pulau Baik, Lahad Datu di Sabah pada Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata setakat ini pihaknya juga masih menyiasat motif sebenar kejadian culik itu.
 
"Masih belum ada perkembangan baharu. Tidak ada permintaan bagi wang tebusan. Jadi, polis sedang membuat penilaian apa motif yang berkenaan.
 
"Polis percaya mangsa warga China itu dibawa ke kawasan Selatan Filipina," katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Golf sempena Peringatan Hari Polis ke-207 di sini, petang ini.

Beliau turut menolak kemungkinan kes itu ada kaitan dengan kes culik di Singgahmata Adventures Reef and Resort di Semporna, Sabah pada 2 April lepas.
 
"Ia tiada kaitan dengan kes itu. Kami belum kenal pasti kumpulan-kumpulan yang terlibat," katanya.

Dalam kejadian Selasa lepas, lima lelaki bersenjata menculik Yang Zai Lin, 34, yang berasal dari Guangzhou, China kira-kira 2.45 pagi.

Dalam kejadian di Semporna, seorang pelancong wanita rakyat China dan seorang pekerja resort rakyat Filipina diculik oleh sekumpulan lelaki.

Ketika ditanya mengenai penahanan seorang warga Afrika Timur di Selangor pada Khamis lepas setelah disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas Al-Shabab, Mohd Bakri berkata pihaknya masih meneruskan siasatan mengenai perkara itu.
 
"Berikan kami masa untuk menyiasat dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan orang tertentu," katanya.

Polis juga masih menyiasat sama ada warga Afrika Timur itu mempunyai kaitan dengan 11 individu yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan militan sejak 28 April yang lalu.

Tags / Kata Kunci: culik

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan