Penjenayah Guna Kuku Kambing Umpil Pintu, Larikan RM30,000

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 4:46 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Empat lelaki bersenjatakan parang dan kuku kambing melarikan wang tunai kira-kira RM30,000 dari sebuah premis pengurup wang di Jalan SS15/5A, Subang Jaya, pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, dalam kejadian 8.45 pagi itu, tiga daripada empat suspek memasuki premis itu setelah mengumpil pintu menggunakan kuku kambing dan mengugut seorang pekerja yang berumur 50 tahun supaya menyerahkan wang.

Seorang lagi suspek berada di dalam kereta memerhatikan keadaan di luar premis.

"Setelah mendapatkan wang, kesemua suspek keluar daripada premis itu dan turut melarikan pekerja berkenaan dengan menaiki Proton Waja berwarna emas.

"Mangsa dilapor dipukul di dalam kereta sebelum ditinggalkan di sebuah perhentian bas berdekatan kompleks membeli-belah Subang Parade," katanya.

Beliau berkata polis sedang mengesan suspek melalui rakaman kamera litar tertutup yang terdapat dalam premis berkenaan.

Adik kepada pengurus premis itu, Mohd Helmi Hamid, 28, berkata kejadian tersebut pertama kali berlaku dalam tempoh 10 tahun sejak premis itu beroperasi.

"Awal tahun lalu, terdapat cubaan samun tetapi penjenayah gagal mengumpil pintu premis," katanya.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan