Polis Tahan Pengganas Afrika Timur di Selangor

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warganegara asing dari Afrika Timur yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas ditahan dalam satu operasi khas di Selangor oleh Cawangan Khas Unit Anti Keganasan Bukit Aman pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, suspek berusia 34 tahun itu tersenarai dalam Notis Merah Interpol (Senarai Orang Yang Dikehendaki) kerana dituduh terlibat dalam aktiviti kumpulan Al-Shabab di Afrika Timur.

"Pihak polis sedang menjalankan siastan susulan ke atas aktiviti subjek di Malaysia untuk mengenal pasti rangkaian anasir-anasir pengganas Al-Shabab yang mungkin bersembunyi atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Malaysia," katanya menerusi kenyataan di sini.

Lelaki berkenaan ditahan mengikut BAB VI A - Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan