Budak 4 Tahun Maut Pokok Hempap Rumah

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 9:37 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut apabila rumahnya runtuh dihempap sebatang pokok besar yang tumbang akibat ribut di Taman Perumahan Awam Kamunting dekat Taiping pada Rabu.

S.Lingiswaran disahkan meninggal dunia pada 4.20 petang dipercayai akibat sesak nafas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting Mohd Taufiq Sattar berkata insiden itu berlaku pada 3.34 petang dan mangsa ditemui di atas katil dalam keadaan dihempap tingkap lima belas minit kemudian.

Beliau berkata mangsa berada di rumah berkenaan bersama-sama lima anggota keluarga lain iaitu ibu, dua orang nenek, adik serta ibu saudara manakala bapanya tiada di rumah.

"Ketika kejadian, mangsa yang berada dalam bilik tidak sempat menyelamatkan diri manakala anggota keluarganya yang lain sempat keluar dari rumah itu," katanya ketika dihubungi.

Mohd Taufiq berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping bersama 13 anggota dikerah ke tempat kejadian dan pihaknya menerima lima laporan pokok tumbang susulan hujan lebat serta ribut di kawasan Kamunting.


Tags / Kata Kunci: Ipoh , Polis

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan