27 Pati Dicekup Ketika Mendarat

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis Marin Wilayah Dua menahan 27 pendatang tanpa izin di Pantai Ladang Kurnia Batu Layar, Sungai Rengit, Kota Tinggi dalam satu operasi awal Khamis ketika cuba masuk ke negara ini secara haram.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata dua daripada mereka ialah warga Bangladesh manakala selebihnya warga Indonesia, berumur antara tiga hingga 53 tahun.

Pendatang asing itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 pagi oleh sepasukan lima anggota polis marin selepas dipercayai baru mendarat menggunakan bot pancung di kawasan Pantai Ladang Kurnia, katanya.

Ketika serbuan, beberapa orang daripada pendatang asing itu berjaya melepaskan diri manakala yang selebihnya ditangkap, kata Khiu.

"Pemeriksaan mendapati kesemua pendatang asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah," katanya.

Khiu berkata kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit.


Tags / Kata Kunci: Pati , Polis Marin. Kota Tinggi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan