Tujuh Rumah Kedai Dirempuh Treler Di Jonker Walk - Berita Jenayah | mStar

Tujuh Rumah Kedai Dirempuh Treler Di Jonker Walk

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 1:22 PM

Jonker Walk.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tujuh buah rumah kedai di sekitar Jonker Walk rosak akibat dilanggar treler yang dipercayai dipandu pemandu mabuk malam Selasa, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Razali Bakar.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 10.08 malam yang menyebabkan simen dan tembok rumah kedai tersebut pecah selain satu papan iklan berlampu runtuh.

"Treler itu pada mulanya memasuki Jalan Tun Tan Cheng Lock dan merempuh sebuah rumah kedai yang baharu diubah suai sehingga menyebabkan sebahagian dinding dan bumbungnya runtuh.

"Pemandu berusia 48 tahun terbabit kemudian mengundurkan trelernya dan memasuki Jalan Hang Kasturi sebelum bergesel dan melanggar pula enam rumah kedai yang turut menyebabkan berlaku kerosakan pada bumbung," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata treler tersebut hanya berhenti di persimpangan Jalan Hang Kasturi-Jonker Walk setelah bahagian kepalanya tidak dapat melepasi laluan sempit di situ selain badannya tersangkut pada wayar elektrik.

Razali berkata ekoran kejadian itu, pihak Tenaga Nasional Berhad terpaksa memutuskan sementara bekalan elektrik di kawasan tersebut bagi mengalihkan wayar elektrik yang tersangkut pada badan treler berkenaan.

Beliau berkata treler yang membawa muatan palet plastik itu kemudian dialihkan oleh syarikat kenderaan tersebut ke Jalan Kota Laksamana beberapa jam kemudian.

Siasatan awal mendapati pemandu terbabit mempunyai 10 saman pelbagai kesalahan jalan raya dan dua daripadanya masih belum dijelaskan, katanya.

Tags / Kata Kunci: treler , kemalangan , Jonker Walk
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan