Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Rentung

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 4:59 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tiga rentung termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan tiga tahun dalam kebakaran yang memusnahkan 11 buah rumah di Tabuan Foochow di sini, Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya Tawang Lingen berkata kebakaran yang turut mengorbankan seorang wanita itu bermula kira-kira 10.30 pagi dan api marak dengan cepat.

"Kami menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 10.30 pagi dan 41 anggota bomba dari Balai Bomba Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Kuching bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Tawang berkata tujuh buah rumah musnah sama sekali manakala yang lain musnah 70 peratus.

"Kami berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran dalam tempoh 20 minit," katanya yang mengetuai operasi itu.

Turut berada di lokasi, Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norisham Mohammad.

Tawang berkata kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti dan siasatan mengenai punca kejadian sedang disiasat.

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.


Tags / Kata Kunci: Tabuan , Kuching

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan