Tahanan Lolos Dari Mahkamah Taiping Serah Diri

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang tahanan yang meloloskan diri dari kawasan Mahkamah Taiping pagi Selasa, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping dekat sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusuf Mohd Diah berkata M.Surishkumar, 25, berasal dari Ipoh, menyerah diri pada 11.30 malam.

"Lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Surishkumar melarikan diri pada pukul 10.10 pagi Selasa, ketika hendak dimasukkan ke lokap sementara mahkamah itu, selepas sebutan semula kes membabitkannya dijalankan di Mahkamah Sesyen Taiping.
Tags / Kata Kunci: banduan , lolos , mahkamah Taiping

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan