17 Lesen Pemandu Bas Ekspres Digantung Positif Dadah

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 9:22 PM

Anggota penguatkuasa jalan raya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bas dalam Operasi Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Jabatan Kerajaan yang dijalankan di Jalan Genting Sempah baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung lesen 17 pemandu bas ekspres yang gagal ujian saringan dadah dalam operasi yang dijalankan jabatan itu bagi tempoh 22 April hingga 5 Mei lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata mereka antara lebih 2,000 pemandu bas ekspres yang diperiksa di 22 terminal bas ekspres di seluruh negara.

Dalam tempoh sama JPJ mengeluarkan 39 saman terhadap pemandu bas ekspres yang didapati melakukan kesalahan ketika memandu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Komunikasi Berintegriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, di sini Rabu.

Katanya kesalahan itu dikesan oleh pegawai JPJ yang menyamar sebagai penumpang.

Antara kesalahan yang dikesan ialah melanggar peraturan lalu lintas, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta merokok, katanya.

Selain itu, Ismail berkata JPJ juga menjalankan operasi memeriksa kenderaan yang masuk dari Thailand di sempadan negara sejak 24 April lalu.

"Dalam 13 operasi yang dijalankan sehingga hari ini, sebanyak 139 saman dikeluarkan iaitu 96 kesalahan berkaitan permit peredaran antarabangsa (ICP) dan bakinya lain-lain kesalahan," katanya.
Tags / Kata Kunci: JPJ , Bas Ekspres , Dadah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan