Sepasang Kekasih Jadi Orang Tengah Polis, Kastam Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 3:59 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sepasang kekasih ditahan kerana disyaki menipu individu yang berminat menjadi anggota Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000.

Lelaki berumur 28 tahun ditahan di Tanjung Rambutan di sini, pada 29 April lalu, manakala pasangannya berusia 23 tahun adalah suspek utama kes itu ditahan pada pukul 7 malam Isnin di Jinjang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, mereka terbabit dalam 10 kes penipuan seumpama itu di negeri berkenaan, manakala satu lagi kes di Nibong Tebal, Pulau Pinang sejak April lalu.

"Lelaki itu ditahan di sebuah rumah kerana dipercayai bersubahat dengan teman wanitanya, namun ketika serbuan wanita itu berjaya melarikan diri," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata, jumlah wang yang ditipu daripada mereka yang memohon ingin menjadi anggota polis ialah RM33,000 dan RM7,500 bagi yang mahu menjadi anggota kastam.

Katanya, suspek menipu mangsa kononnya mereka adalah orang tengah yang boleh membantu kemasukan ke dalam perkhidmatan polis dan kastam dengan menunjukkan borang kemasukan dalam dua pasukan itu untuk meyakinkan mangsa-mangsa.

"Mangsa diperdaya dengan membuat pembayaran, untuk perkhidmatan polis, mangsa diminta membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 manakala bagi kastam (antara) RM2,000 hingga RM3,500," katanya.

Katanya, mangsa menyedari mereka ditipu apabila suspek melarikan diri dan gagal dihubungi.

Maszely berkata, wanita itu adalah bekas anggota sukarelawan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan dipecat pada November lalu.

"Wanita itu didakwa di mahkamah pada bulan lalu kerana kes penipuan sama dan mahkamah membebaskannya dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 tetapi dia melakukan penipuan baharu semasa dalam jaminan," katanya.

Katanya, wanita itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa.

Tags / Kata Kunci: kekasih , polis , kastam , Tanjung Rambutan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan