Guru, Isteri Rugi RM40,000, Disamun 3 Lelaki Bertopeng

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 5:00 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang guru kerugian lebih RM40,000 setelah disamun tiga lelaki bertopeng bersenjatakan pisau pemotong daging dan pemutar skru di rumahnya di Felda Jengka 11, Bandar Jengka, Maran awal pagi, Isnin.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa 36, dan isterinya, 34, sedang nyenyak tidur bersama dua anak mereka berusia empat dan enam tahun di dalam sebuah bilik.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai masuk ke rumah mangsa selepas mengumpil tingkap dapur, bertindak mengacukan senjata tajam ke arah mangsa yang sedang tidur dan mengikat mereka dengan dawai pagar sebelum menggeledah rumah.

"Selepas kira-kira 40 minit berada di dalam rumah, suspek kemudiannya melarikan diri melalui pintu tengah rumah mangsa," katanya.

Sulaiman berkata, mangsa yang berjaya melepaskan diri kemudiannya menghubungi polis.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian lebih RM40,000 membabitkan barangan kemas, wang tunai, dua buah komputer riba, dua buah telefon bimbit dan jam tangan, katanya.


Tags / Kata Kunci: Bandar Jengka , guru , lelaki bertopeng

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan