Mayat Lelaki Myanmar Dengan Kesan Tikaman Ditemui - Berita Jenayah | mStar

Mayat Lelaki Myanmar Dengan Kesan Tikaman Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 10:01 PM

Mazlan Kesah.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki Myanmar dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kelar di leher ditemui di belakang sebuah kilang ais di Taman Nagasari di sini Isnin.

Mayat Saw Ah Lu, 25, ditemui dalam keadaan terlentang oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu pada pukul 8.30 pagi Isnin dan ketika ditemui mangsa memakai topi keledar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata hasil pemeriksaan unit forensik menemui kesan kelar pada leher dan perut lelaki itu serta kesan tikaman di perut dan belakang badan.

"Berdasarkan kesan darah pada badannya, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu baru mati dan polis juga percaya dia dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Beliau berkata lelaki itu juga mempunyai tatoo tulisan di lengan kirinya dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: mati , Myanmar , SAC Mazlan Kesah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan