Wanita Maut, Adik Parah MPV Rempuh Lembu

Diterbitkan: Ahad, 4 Mei 2014 8:55 AM

Gambar Hiasan. Kemalangan membabitkan kenderaan dan lembu boleh dielak jika haiwan itu tidak memasuki laluan lebuh raya.

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang wanita maut, manakala adik perempuannya parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki merempuh seekor lembu di Kilometer 337, Lebuhraya Pantai Timur II, dekat Ladang Limau Madu di sini, awal pagi Sabtu.

Kamariah Ismail, 54, dari Kampung Sat Tengah Tanah Merah, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala adiknya Che Ana, 52, mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun Deputi Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu berlaku setelah kenderaan yang dipandu menantu Kamariah, Muhamad Akami Mahasan, 27, gagal dikawal selepas merempuh seekor lembu yang berkeliaran di lebuh raya itu.

"Kenderaan itu kemudian melanggar pembahagi jalan lalu terbalik," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, Muhamad Akami, anaknya Nor Abby Rania, 9 bulan, Saedah Ismail, 45, dan Rosmira Mohd, 38, tidak cedera, bagaimanapin isteri Muhamad Akami, Salasiah Sukri, 28, cedera ringan di tangan.

Keluarga itu dalam perjalanan untuk melawat adik Kamariah, yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan