6 Bangla Ditahan Akibat Rebut Bilik Air

Diterbitkan: Ahad, 4 Mei 2014 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang pekerja Bangladesh cedera parah, manakala lima lagi cedera ringan dalam pergaduhan di sebuah rumah kongsi di tapak projek berhampiran Taman Villa Tasek Mutiara di sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Shafien Mamat berkata, pergaduhan dipercayai bermula akibat perebutan bilik air kira-kira pukul 7.40 malam.

"Seorang daripada mereka dikatakan berebut bilik air dan mengotorkannya dengan memakai but keselamatan bekerja yang berlumpur.

"Berikutan itu rakannya yang tidak berpuas hati telah memarahinya sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara mereka dengan menggunakan sebilah pisau," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata, empat rakan yang lain cuba meleraikan pergaduhan itu bagaimanapun mereka turut tercedera sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.

Shafien berkata, pihak polis menahan enam lelaki Bangladesh berusia antara 28 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Kesemua yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan