Seorang Lagi Suspek Militan Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lagi suspek yang terlibat dalam aktiviti militan ditahan sepasukan polis di ibu negara, menjadikan jumlah tangkapan setakat ini 11 orang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata individu yang ditahan pada Khamis itu didapati cuba melarikan diri ke sebuah negara jiran.

"Jumlah itu (11 orang) bukan jumlah muktamad, kami sedang jejaki dan memburu saki-baki militan yang terdapat dalam senarai Polis Diraja Malaysia (PDRM), kumpulan militan ini mula khuatir dan takut atas tindakan polis," katanya dalam persidangan akhbar di sini, Jumaat.

Pada 28 April lalu, sembilan individu dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Mereka berumur antara 22 dan 55 tahun termasuk seorang wanita. Tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor, manakala seorang lagi ditahan di Kuala Lumpur keesokan harinya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan seorang individu pada Khamis, namun enggan mengulas lanjut.

Kesemua ditahan mengikut Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak akan membenarkan Malaysia dijadikan sebagai pusat untuk mengembangkan kegiatan pengganas di rantau Asia Tenggara mahupun di seluruh dunia.

"Kita tidak boleh mengizinkan perkara ini berlaku dan PDRM bertindak melakukan pembanterasan dan bertegas kerana tidak mahu Malaysia menjadi sarang latihan pengganas," katanya.

Beliau berkata, polis ingin menyekat kumpulan militan ini daripada merekrut lebih ramai anggota sama ada melalui media sosial, organisasi mahupun individu kerana dikhuatiri ia akan melibatkan kestabilan politik di negara ini jika tidak dibendung dari awal.

"Jihad itu satu istilah yang baik, tetapi disalahertikan dan ini memburukkan imej Islam, kami ingin tekankan bahawa kumpulan militan ini hanya bertopengkan Islam dan Islam tidak pernah menggalakkan (aktiviti) kumpulan militan," katanya.

Beliau berkata ada juga organisasi yang menggunakan asas misi kemanusiaan untuk melatih anggota kumpulan militan ini di luar negara.

"Kita galakkan misi kemanusiaan ke luar negara, tetapi kita tidak akan izinkan sekiranya mereka menggunakan misi itu untuk melatih anggotanya untuk kegiatan militan dan apabila balik ke sini akan membuat perkara di luar batas dan norma manusia," katanya.

Ditanya sama ada kumpulan militan ini turut berselindung di bawah parti politik, Ahmad Zahid berkata setakat ini tidak ada parti politik di negara ini yang terlibat dengan kegiatan militan, bagaimanapun polis akan terus melakukan pemantauan.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan