Pengurus Ladang Ditemui Mati, Kepala Ditutup Plastik, Kaki, Tangan Diikat

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 6:40 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pengurus ladang ditemui mati dengan kepalanya ditutup plastik dan kaki serta tangannya diikat di Ladang Perhentian Tinggi, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini.

Mayat Lau Ah Kaw, 72, ditemui pekerjanya kira-kira 10 meter dari pagar rumah banglonya kira-kira pukul 6.30 pagi, Jumaat.

"Dia dipercayai keluar dari rumah pukul 6.20 pagi untuk ke pejabat ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Beberapa pekerja terdengar jeritannya dan bunyi bising dari bahagian depan pagar, namun tidak perasan apa-apa berlaku kerana keadaan sekitar yang gelap.

"Mereka kemudiannya menghubungi pengawal di pondok berdekatan pejabat itu dan menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa," kata seorang daripada pekerja berkenaan yang enggan dikenali.

Dompet mangsa dikatakan turut hilang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Abu mengesahkan penemuan mayat mangsa.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan