Himpunan 1 Mei: Polis Terima Laporan 3 Jurukamera Dikasari

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 3:35 PM

Tiga petugas media yang membuat liputan perhimpunan pada Khamis mendakwa dikasari sekumpulan peserta perhimpunan itu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Zainuddin Ahmad berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAAM).

"Insiden disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat," katanya di sini, Jumaat.

Dalam kejadian itu, ketika perhimpunan mula bersurai kira-kira pukul 4.30 petang itu, dua daripada petugas media berkenaan didakwa ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena kayu yang dibaling.

Jurukamera Xinhua News Agency, Mohd Zul Iskanda Mohd Hanafiah ditendang dan terkena balingan kayu, sementara jurufoto Focus Malaysia, Sharil Amin Abdul Rahim ditumbuk dan disepak. Jurufoto Malaysian Reserved Hafzi Mohamad juga terkena balingan kayu.

ACP Zainuddin berkata, polis sedang mencari rakaman kejadian itu dan proses mengenal pasti  orang yang menimbulkan provokasi.

Sementara itu pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, penganjur akan membuar laporan mengenai remaja yang terlibat dalam insiden keganasan ini."Kami sangat menentang sebarang kekasaran dan ia sepatunya tidak berlaku.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada polis yang diawasi orang ramai tetapi akan juga dihargai jika mereka melangkah untuk menangkap mereka apabila pergelutan itu telah berlaku," kata Chegubard , menegaskan bahawa tidak ada anggotannya terlibat walaupun sesetengah suspek berpakaian baju-T SAMM.

Ketua Unit Amal Johari Osman memberitahu The Star bahawa terdapat pergelutan lain di Dataran Merdeka pukul 1 tengah hari Jumaat di antara anggota Unit Amal dan beberapa pemuda , dipercayai dari kumpulan yang sama.

"Pegawai-pegawai unit Amal diarahkan berada di sana tetapi mereka terpaksa bergelut dengan sesetengah individu.

"Kami akan membuat laporan mengenai perkara itu tidak lama lagi," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan