Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 9:08 AM

Pasukan polis menjalankan tugas bagi memastikan keselamatan orang ramai sepanjang Himpunan 1 Mei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada peserta Himpunan 1 Mei bagi membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata, gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam adalah gambar lama.

Zainuddin menjelaskan bahawa dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali."

Mengenai laporan bahawa tiga jurugambar media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata, pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang Khamis walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan, dan pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal," katanya.

Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Himpunan 1 Mei , GST , Zainuddin Ahmad , Papa Gomo

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan