Polis Tahan Lima 'Geng Hamdan Cina'

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 9:21 PM

ACP Sum Chang Keong (dua, kanan) bersama dengan pegawainya menunjukan beberapa barang yang dipercayai hasil curi antaranya dua buah monitor komputer, sebuah unit pemproses pusat (CPU), sebuah mesin pencetak, dua pasang sarung tangan dan pemutar skru semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD), Jumaat. Foto:BERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menumpaskan kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai 'Geng Hamdan Cina' selepas memberkas lima lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dalam beberapa serbuan berasingan di sini, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata geng itu yang terbabit dalam kegiatan pecah masuk premis termasuk kedai, sekolah dan rumah serta kereta dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak hujung tahun lepas.

"Pada 29 April (Selasa) lepas kita menerima maklumat terdapat kejadian pecah masuk sebuah sekolah di Silibin.

Berdasarkan maklumat itu, seorang lelaki yangmerupakan pengawal keselamatan sekolah berusia 20 tahun berjaya diberkas diPersiaran Jelapang, Taman Silibin di sini.

"Hasil siasatan terhadap suspek kemudiannya membawa kepada penangkapan empat lagi anggota kumpulan terbabit dalam beberapa serbuan di Jelapang," katanya kepada pemberita, Jumaat.

Beliau berkata kesemua suspek yang diberkas antara pukul 1 pagi hingga 5pagi pada Selasa lepas berusia antara 17 hingga 26 tahun.

Sum berkata dalam tangkapan itu, pihaknya merampas beberapa barangan yang dipercayai dicuri antaranya dua buah monitor komputer, sebuah unit pemproses pusat (CPU), sebuah mesin pencetak, dua pasang sarung tangan dan pemutar skru.

Katanya hasil siasatan mendapati mendapati kesemua suspek juga terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk tiga kes pecah kedai, tiga kes pecah rumah dan beberapa kes pecah cermin kereta termasuk ragut.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka negatif dadah dan hanya dua daripada suspek itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes curi, penyalahgunaan dadah dan pecah rumah.

"Modus operandi kumpulan ini adalah bergerak berkumpulan menaiki kenderaandan mencari mana-mana premis yang berpotensi untuk melakukan kegiatan jahat itu," katanya.

Katanya kesemua suspek direman selama empat hari sejak Selasa lepas. 

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan