Pemandu Bas Ekspres Ambil Syabu Untuk Kesan Lebih Lama

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 12:06 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan mengesan trend baharu pemandu bas khususnya bas ekspres yang mengubah pengambilan dadah jenis ganja kepada syabu berikutan kesan pengambilannya yang lebih lama.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Saiful Azzri Hamzah berkata, pemandu bas terbabit mengambil dadah tersebut bagi membolehkan mereka memandu bas lebih lama untuk mengejar trip perjalanan, selain ia senang disembunyikan.

"Itu adalah antara alasan utama yang diberikan pemandu bas apabila ditahan pihak berkuasa selepas didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing. Dadah sintetik atau pun syabu ini apabila diambil menyebabkan individu yang mengambilnya boleh tahan berjam-jam.

Seperti mana yang kita ketahui, sebahagian atau pun segelintir daripada pemandu bas ekspres ini mengejar trip. Itu sebabnya ada pemandu bas ekspres ini membawa laju untuk mengejar trip," katanya selepas operasi bersepadu 'Ops Bas Ekspres' oleh JPJ dan AADK di Terminal 1, di sini, malam Selasa.

Katanya, gejala ini sangat membimbangkan dan perlu dibendung kerana apabila bas dipandu laju ia boleh mengakibatkan kemalangan dan mengancam nyawa penumpang.

Beliau berkata, sepanjang operasi yang bermula 21 April lalu hingga malam tadi, sebanyak 114 bas dan 299 pemandu bas diperiksa dan daripada jumlah pemandu yang diperiksa, tiga daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu.

"Ketiga-tiga pemandu yang berumur 30 hingga 45 tahun itu telah ditahan dalam operasi di stesen bas Terminal 1 di sini. Tindakan tegas mengikut Seksyen 36 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikenakan terhadap mereka yang menggunakan bahan terlarang itu dengan membatalkan lesen pemanduan mereka," katanya.


Tags / Kata Kunci: JPJ , AADK , syabu , ganja

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan