Wanita Rakyat Filipina Maut Dipercayai Dilanggar Kereta

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 12:26 PM

Pasport milik wanita warga Filipina yang menjadi mangsa langgar lari.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang wanita rakyat Filipina maut selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di KM4.6 Jalan Johor Baru-Kota Tinggi, di sini, tengah malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah malam ketika mangsa, Iand Bernales, 27, sedang melintas jalan terbabit.

"Wanita berkenaan yang beralamat di Stulang Laut di sini merupakan pelajar sebuah kolej swasta di bandar raya ini. Polis telah berjaya mengesan warisnya," katanya di sini Rabu.

Sulaiman berkata mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini dan polis kini sedang mengesan kenderaan yang dipercayai terbabit dengan kejadian itu.

Katanya polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan