Kes Ragut: Bouncer Dijatuhkan Hukuman Penjara 15 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 9:22 AM

Ooi cuba menutup mukanya dengan tuala selepas keluar dari mahkamah pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN : Seorang 'bouncer' kelab dipenjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menyebabkan kematian seorang wanita berusia 60 tahun ketika kes ragut dua tahun lalu.

Ooi Kean Leong, yang pada mulanya didakwa atas tuduhan membunuh pekerja kedai kopi Tan Kim Chuan, mengaku pada Selasa terhadap pertuduhan alternatif melakukan pembunuhan tanpa niat membunuh di bawah Seksyen 304 (a ) Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Ooi , 36 , mengaku melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta motosikal flat Rifle Range pukul 06:02 pagi pada 10 Julai 2012.

Ketika hukuman dijatuhkan, Hakim Zamani Abdul Rahim menyelar tindakan Ooi dengan bertanya kepadanya bagaimana dia boleh merampas beg seorang wanita yang tidak bersalah, menyebabkan mangsa jatuh dan meninggal dunia.

"Ini bukan suatu tindakan seorang manusia tetapi tindakan haiwan, " kata beliau sambil menambah bahawa dia tidak bertolak ansur dengan kes ragut dan menyimpan keratan akhbar mengenai kejadian-kejadian seperti ini.

Beliau memberitahu, Ooi bernasib baik bahawa dia telah diberi pertuduhan pilihan yang lebih kecil kerana tuduhan awal boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Ooi sering dilihat tunduk melihat lantai semasa perbicaraan itu, kelihatan tenang dan mengangguk selepas Hakim Zamani memerintahkan dia menjalani hukuman penjara dari tarikh yang ditangkap pada 8 Ogos 2012.

Menurut fakta kes, Tan berjalan bersendirian di kawasan parkir motosikal di hadapan Rifle Range Blok J apabila Ooi datang dari belakang menunggang motosikal dan merampas beg tangan yang tersangkut di bahunya.

Dia jatuh dan kepalanya terhantuk di bahu jalan. Tan mengalami pendarahan dalaman di kepala dan meninggal dunia pada 3.45 petang hari yang sama di Hospital Pulau Pinang tanpa sedar.

Kes itu menjadi tajuk utama  bukan sahaja kerana ia adalah satu ragut maut tetapi rakaman CCTV menunjukkan tujuh orang berjalan lalu tanpa menawarkan apa-apa bantuan kepada Tan yang terbaring tidak sedarkan diri.

Dilaporkan selepas enam minit berlalu, tiga orang datang membantunya dan memanggil ambulan untuk menghantarnya ke hospital.

Dalam rayuannya peguam Ooi, Anthony Chew berkata anak guamnya benar-benar memohon maaf dan menyesal kerana menyebabkan kematian Tan , dan telah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang .

Beliau berkata, Ooi dari Relau terpaksa membawa hakikat bahawa dialah punca kehilangan satu nyawa, dan menyesal sepanjang hidupnya.

Sementara itu, DPP Muna Mohamed Jaafar berkata terdapat banyak kes ragut yang mengakibatkan kematian dan kecederaan serius.

Beliau mengulas kenyataan dari anak saudara Tan yang berkata, dia dan keluarganya kini takut untuk keluar bersendirian selepas apa yang berlaku kepada ibu saudaranya itu.

Muna berkata anak saudara Tan yang namanya tidak didedahkan, berharap mahkamah akan mengenakan hukuman paling keras pada Ooi.

Tags / Kata Kunci: Ragut Dan Samun , Ooi Kean Leong

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan