Polis Kedah Rampas Pelbagai Jenis Senjata Api

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 10:00 PM

Pistol jenis Glock antara tiga jenis pistol yang dirampas ketika sepasukan Polis Kedah membuat satu serbuan petang semalam di sebuah rumah di Alor Setar, Kedah. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah merampas pelbagai jenis senjata api dan peluru serta menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Anggerik di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam serbuan kira-kira 5 petang itu, tiga pistol jenis Glock, VZOR caliber 7.65mm dan pistol angin jenis Revolver serta 247 peluru pelbagai caliber ditemui dalam sebuah kereta milik seorang suspek lelaki berusia 40 tahun.

Beliau berkata turut dirampas sebahagian komponen senjata api M16, dua alat penyerap bunyi dan satu teleskop dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah.

"Suspek berusia 40 tahun yang menyimpan senjata api dalam keretanya dipercayai geng kongsi gelap berdasarkan tatu pada badannya dan mempunyai empat rekod jenayah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, Ahad.

Katanya, polis turut merampas dua paket heroin seberat 46.53 gram milik seorang suspek lelaki berusia 25 tahun dan suspek wanita berusia 31 tahun dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah dua tingkat itu.

Ahmad berkata ketika serbuan dilakukan suspek lelaki itu cuba membuang dadah yang berada dalam poketnya dan cuba melarikan diri dengan menyorok dalam tandas.

Beliau berkata suspek berumur 40 tahun itu berasal dari Perlis manakala seorang lagi suspek lelaki berasal dari Jitra dan suspek wanita pula berasal dari Kuala Lumpur.
 
"Kita reman ketiga-tiga suspek sehingga 3 Mei depan untuk siasatan. Kita turut siasat sama ada kes jenayah yang berlaku di negeri ini mempunyai kaitan dengan suspek terlibat," katanya.


Tags / Kata Kunci: senjata api , polis , rampas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan