Dua Remaja Maut Kemalangan Motosikal

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 2:36 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Dua remaja maut setelah motosikal mereka terlibat dalam dua kemalangan di sini awal pagi Jumaat.

Jurucakap polis berkata Mohd Fadli Iddin Ruslan, 19, terkorban selepas motosikalnya terbabas di KM 74.3, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sebelum tercampak ke atas jalan dan diheret sebuah pacuan empat roda sejauh kira-kira 50 meter.

Mangsa maut selepas menerima rawatan di Hospital Dungun, sementara pemandu dan penumpang pacuan empat roda berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Dalam satu lagi kes, seorang jurujual penapis air, Abdul Rahman Mohd Fauzi, 20, terbunuh selepas motosikalnnya dikatakan dirempuh sebuah kereta di Km 79.2, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan manakala pemboncengnya Mohd Salahuddin Alhafriz Mazlin, 20, cedera parah.

Pemandu kereta tersebut Abdul Aziz Ruslin, 18, dan rakannya Iqbal Husni Wan Nanang, 19, cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kedua-dua kemalangan.


Tags / Kata Kunci: remaja , maut , kemalangan , motosikal

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan