Tumbuk Pengadil: Polis Rekod 20 Keterangan Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis sudah merekodkan 20 keterangan saksi berhubung insiden bekas pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) II, On Jabar menumbuk pengadil selepas perlawanan saingan Liga Perdana antara pasukan itu dan UiTM FC, Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis setakat ini sudah mengambil keterangan dari On dan beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Pengadil berkenaan bagaimanapun belum direkodkan keterangannya dan polis juga sedang menunggu laporan perubatannya dari pihak hospital untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, Jumaat.

Menurut Mohd Mokhtar pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam insiden itu, On dilapor menumbuk muka pengadil Sukri Abd Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukan tuan rumah dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2.
Tags / Kata Kunci: JDT , UiTM , On Jabar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan