Seorang Suspek Samun Ditembak Rempuh Kereta Polis Di Bukit Jalil

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 8:34 PM

Anggota Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa kenderaan yang dicuri oleh penjenayah di Pangsapuri Vista Commenwealth, Bukit Jalil, Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh jam menyamun sebuah rumah dan melarikan sebuah kereta kereta di Bandar Kinrara, Puchong pagi Khamis, dua suspek akhirnya ditahan pihak polis dengan seorang daripadanya cedera ditembak dekat kondominium Vista Komanwel, Bukit Jalil petang ini.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata suspek berumur sekitar 20-an itu dicekup selepas polis mengesan kereta curi jenis Mercedes dan Volkswagen yang dinaiki mereka di Bandar Kinrara, sebelum mengejar dua kereta itu hingga ke Bukit Jalil.

Beliau berkata tiba suspek yang memandu Volkswagen itu turut bersikap agresif dengan cuba merempuh kereta polis yang menghalang mereka hingga menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan yang mengenai lengan kanan suspek.

"Sementara suspek yang memandu kereta Mercedes yang mengekori rakannya dari belakang menyerah diri sejurus kejadian itu dan pemeriksaan di dalam kereta Mercedes itu menemui barangan yang dipercayai disamun Bandar Kinrara antaranya barangan kemas bernilai RM20,000, wang tunai dan telefon bimbit serta peralatan pecah rumah," katanya di tempat kejadian.

Beliau berkata semua barangan yang disamun bernilai RM200,000 termasuk kereta Volkswagen tersebut yang dilarikan dari rumah di Bandar Kinrara itu," katanya. 

Abd Razak berkata dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, polis percaya telah menyelesaikan tiga kes samun di Bandar Kinrara pagi ini, mencuri kenderaan dan pecah rumah pada 20 April lepas dan kes samun di Taman Bukit Kuchai.

Beliau berkata suspek yang memiliki rekod lampau ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.

Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Serdang.
Dalam kejadian pukul 7.45 pagi tadi di Bandar Kinrara itu, seorang wanita membuat laporan polis selepas rumah teres dua tingkatnya dimasuki dua lelaki dan mengacukan pisau kepadanya yang sedang tidur.

Mangsa ketika itu tinggal berseorangan diri.

"Suspek menyelongkar biliknya dan menyamun wang tunai RM2,000, barangan kemas pelbagai bentuk, beg berjenama serta melarikan kereta Volkswagen Bettle berwarna hitam," kata Abd Razak.
Tags / Kata Kunci: Abd Razak Elias , samun

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan