Suspek Bertatu Harimau Ditahan Di Ipoh

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 7:49 PM

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan menunjukkan gambar suspek dipercayai menembak dua anggota polis 11 April lalu.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang suspek bertatu harimau yang dipercayai terbabit menembak anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lepas ditahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek yang berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong Gunung Rapat, Taman Cemerlang Rapat, Ipoh, Rabu.

"Pemeriksaan di rumah suspek turut menjumpai sebuah beg berisi dua butir peluru 'pump gun' dan satu unit telefon bimbit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Khamis.

Beliau berkata suspek direman sehingga Ahad ini.
Kejadian menembak anggota polis itu berlaku kira-kira 11 pagi pada 11 April ketika dua anggota polis peronda terserempak dengan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.

Ketika melepaskan diri dari pihak polis, seorang suspek menembak kedua-dua anggota polis tersebut yang seorang daripadanya yang berpangkat lans koperal parah.

Mohd Shukri berkata rakan suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan