Lelaki Parah Selepas Keretanya Dilanggar Kenderaan Yang Mengejar Peragut

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 9:16 PM

Anggota penyelamat memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera parah apabila kereta Nissan Sentra yang dipandunya dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan lain yang mengejar dua peragut bermotosikal di pekan Permatang Pauh, dekat sini Khamis.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari di simpang masuk ke pekan Permatang Pauh itu menyebabkan pemandu Nissan Sentra berkenaan, Lin Jit Seng, 51, hilang kawalan dan melanggar sebuah lori yang berada di hadapannya menyebabkan keretanya terperosok di belakang lori itu.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah di kedua-dua kakinya. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan mangsa," kata sumber polis.

Sebelum itu, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal melarikan beg tangan seorang wanita sebuah kereta selepas memecahkan cermin sebelah penumpang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Beliau berkata wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Madam Chew, 50-an bersama anak lelakinya berusia 30-an yang memandu kereta itu bertindak mengejar motosikal jenis Yamaha 125Z terbabit ke arah pekan Permatang Pauh.

"Selepas hampir 300 meter mengejar suspek, mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Accord berjaya menghimpit motosikal itu sehingga kedua-dua suspek terjatuh tetapi dia gagal membrek keretanya lalu melanggar bahagian belakang kereta jenis Nissan Sentra," katanya.

Beliau berkata wanita berkenaan dan anaknya tidak cedera manakala dua lelaki yang menyamun mereka melarikan diri dan meninggalkan motosikal serta beg tangan wanita itu di lokasi kemalangan.

Sementara itu, Madam Chew berkata ketika kejadian beliau dan anaknya dari Sungai Dua dalam perjalanan ke George Town untuk menyelesaikan beberapa urusan perniagaan mereka.

"Saya bernasib baik kerana dapat semula beg tangan dan tidak cedera akibat terkena kaca daripada cermin pintu kereta," katanya. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan usaha mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.
Tags / Kata Kunci: ragut

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan