Lelaki Ditahan Bersama 2,500 Karton Rokok Belum Cukai

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 11:03 PM

Sebahagian daripada rokok seludup yang dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Terengganu pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang lelaki bersama 580,000 batang rokok dipercayai belum lulus pemeriksaan Kastam di Dungun pada Sabtu lepas.

Pengarah Kastam Negeri, Abdullah Zawawi Abdul Latiff berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 7.30 pagi dalam sebuah van yang sarat dengan muatan rokok, dipercayai untuk edaran di Terengganu.

Beliau berkata anggotanya terpaksa mengejar suspek yang bersendirian lebih lima kilometer sebelum menahannya berhampiran Pejabat Risda di Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

"Hasil siasatan di dalam kenderaan itu, kita merampas 2,900 karton rokok bernilai RM29,000 dengan nilai cukai sebanyak RM305,950 dan ini merupakan rampasan rokok kedua terbesar pada tahun ini," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.

Abdullah Zawawi berkata suspek, yang berasal dari Selangor, ditahan reman 12 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 116 C Akta Kastam 1967.

Katanya, kastam percaya bekalan rokok itu dibawa masuk dari pantai barat untuk dipasarkan ke pantai timur, khususnya Terengganu.

Justeru, beliau meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan secara terus kepada Jabatan Kastam Terengganu di talian 09-6204257.
Tags / Kata Kunci: Rokok , Cukai , Kastam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan