Pantai Dalam Lubuk Warga Asing

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 3:37 PM

Rata-rata gerai berniaga pada Ahad pagi dikuasai warga Inonesia di bawah jambatan NPE.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Tiga lokasi di sekitar Pantai Dalam di sini dikesan menjadi lubuk warga asing melepak dan menjalankan kegiatan harian hingga mengganggu kehidupan penduduk tempatan, sejak kira-kira empat tahun lalu.

Kawasan itu dikategorikan 'panas' oleh Jabatan Imigresen apabila ia bagai 'dikuasai' warga asing berikutan majoriti penempatan dan gerai di situ dipenuhi golongan itu.

Lebih membimbangkan apabila pendatang asing tanpa izin (Pati) turut dikesan bersembunyi di situ, selain penjenayah dan kegiatan dadah.

Tinjauan mStar Online mendapati Taman Pantai Indah antara lokasi yang menjadi tumpuan warga asing hingga merimaskan penduduk tempatan yang menganggap kawasan itu tidak lagi selamat, selesa atau tenteram untuk didiami apabila majoriti kediaman di dua blok pangsapuri 10 tingkat itu disewa warga Indonesia.

Malah, warga asing ini dikatakan rela menetap di situ walaupun kadar sewa yang ditetapkan lebih tinggi berbanding yang dibayar penduduk tempatan.

Jurucakap Imigresen Wilayah Persekutuan ketika ditemui mengesahkan situasi terkini di Pantai Dalam itu dan memberi jaminan ia antara kawasan yang mendapat perhatian pihaknya.





"Pelbagai aduan diterima mengenai kegiatan warga asing di Pantai Dalam dan menerusi operasi yang dijalankan sebulan lalu, seramai 30 warga asing terutama rakyat Indonesia ditahan.

"Bagaimanapun, ia masih tidak mencapai sasaran untuk menahan antara 100 hingga 150 warga asing kerana percaya ada yang melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran," katanya kepada mStar Online.

Seorang penduduk Taman Pantai Indah yang hanya mahu dikenali sebagai Ab Rahman, 64, dan menetap di situ sejak 17 tahun lalu menganggap kawasan itu semakin sesak kerana dipenuhi warga asing yang berlagak kononnya kawasan itu milik mereka, seperti 'Belanda dapat tanah'.

"Keadaan di sini tidak lagi seperti mula-mula kawasan ini dibuka. Dulu rata-rata orang tempatan tinggal di sini, tetapi bila ekonomi semakin baik, tuan rumah berpindah dan menyewakan rumah mereka kepada warga asing," katanya.

Ab Rahman menjelaskan, sebagai penduduk tempatan beliau tidak kisah untuk berkongsi kawasan dengan warga asing, namun perlakuan mereka semakin mengganggu keamanan penghuni lain.

"Waktu siang keadaan aman damai, tetapi apabila malam mereka mula keluar rumah dan berkumpul di pondok depan pangsapuri ini menyebabkan kami tidak selesa kerana bising. "Pada hujung minggu keadaan bagaikan pesta terutama di kedai dan gerai sekitar kawasan ini," katanya yang mengganggap situasi itu boleh mencetus pelbagai gejala sosial.

Katanya, kejadian curi kasut adalah situasi biasa, begitu juga kegiatan penagihan dadah yang menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan terutama yang mempunyai anak remaja.

Terkilan dengan situasi itu, Ab Rahman berpendapat, kebanjiran warga asing tidak akan berlaku jika tuan rumah tidak menyewa kepada golongan itu."Semuanya keranan wang. Penyewa tempatan mungkin akan bayar RM700 atau RM800 tetapi mereka (warga asing) ini sanggup membayar lebih daripada sewa itu dan seterusnya tinggal beramai-ramai," katanya.

Ab Rahman kesal kerana pemilik rumah di Pantai Dalam lebih mengutamakan keuntungan.


"Mereka ini seperti 'Belanda mendapat tanah' kerana menganggap tempat ini seperti mereka yang punya.

"Ikut hati saya mahu saja nak hubungi pihak imigresen tapi tidak tahu bagaimana," jelasnya kecewa.

Tambahnya, keadaan sesak ini menyebabkan pelbagai kejadian jenayah berlaku.

"Setakat kejadian curi kasut, benda-benda kecil itu sudah biasa berlaku. Kawasan ini lebih kepada aktiviti penagihan dadah," jelasnya.

Bagaimana pun Ab Rahman mengaku bahawa kebanjiran warga asing ini tidak berlaku sekiranya tuan rumah tidak memberi sewa kepada mereka.

"Semuanya faktor wang. Penyewa tempatan mungkin akan bayar RM700 atau RM800 tetapi mereka (warga asing) ini sanggup membayar lebih daripada sewa itu dan seterusnya tinggal beramai-ramai.

"Kami harap pihak berkuasa atau pihak berkenaan lebih kerap memantau keadaan kawasan ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Pantai Dalam , Taman Pantai Indah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan