Bas Jatuh Gaung, Penumpang Selamatkan Diri Ikut Tingkap

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 9:27 AM

Anggota bomba mengeluarkan mangsa bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di KM 70 jalan Kuantan-Segamat dekat Ladang Sungai Jernih, Felda Chini dekat sini, petang Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pelancong Singapura terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri dengan keluar menerusi cermin tingkap bas yang pecah apabila bas persiaran yang dinaikinya terjunam ke dalam gaung di KM 70, Jalan Kuantan-Segamat, di sini, petang Ahad.

Mengimbas kembali detik cemas tersebut, Karthiksan, 27, berkata ketika kejadian pemandu bas berkenaan memandu dengan perlahan dan keadaan jalan raya adalah baik.

"Secara tiba-tiba bas hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter dan menyebabkan bas berpusing beberapa kali.

"Saya terkejut dan ingatkan sudah mati, kami terus keluar daripada cermin bas yang sudah pecah untuk menyelamatkan diri," kata warga India itu yang bekerja di sebuah syarikat perisian komputer di republik itu.

Rakannya, S Balaji, 29, berkata beliau tersedar daripada tidurnya apabila bas itu mula hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

"Ada di antara penumpang lain menjerit ketakutan, kami terus keluar daripada cermin tingkap yang pecah untuk menyelamatkan diri," katanya.

Dalam nahas yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu, seorang pelancong lelaki berusia 30-an warga Singapura maut, manakala 39 orang lagi termasuk dua orang pemandu mengalami kecederaan.

Bas berkenaan yang dipercayai dipandu oleh pemandu warga tempatan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Singapura.


Tags / Kata Kunci: bas , cermin , Singapura

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan