28 Penumpang Nyaris Maut, Bas Ekspres Terbalik Di Temerloh

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 9:53 AM

Keadaan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 111 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, awal pagi Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kira-kira 28 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur, dekat Temerloh, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, semua mangsa terselamat dalam kejadian itu tetapi 10 daripadanya mengalami kecederaan.

Menurut Abdul Aziz, bas tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali mengakibatkan pemandu dan beberapa penumpang tercampak keluar.

Katanya kesemua 10 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan keadaan mereka dilapor stabil.

Beliau turut berkata siasatan awal polis mendapati pemandu bas mungkin mengantuk semasa kejadian.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan