Penumpang Wanita Hilang Ketika Feri Berlabuh di Singapura

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 9:38 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang penumpang wanita warga Singapura dilaporkan hilang ketika sebuah feri yang didaftar di Singapura 'Sindo Empress' berlabuh di Terminal Feri Tanah Merah di sini. 

Dalam satu kenyataan, Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata MPA menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira 11 pagi Sabtu.

Feri itu berlepas dari Tanjong Pengelih, Malaysia, pada 7.30 pagi.

MPA segera memaklumkan kehilangan wanita itu kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

MPA dan APMM ketika ini mengadakan operasi mencari dan menyelamat dalam lingkungan perairan masing-masing di panjang laluan yang diikuti feri itu dengan dibantu Polis Pengawal Pantai Singapura.

Lima bot masing-masing tiga daripada MPA dan dua daripada PCG turut digerakkan dalam operasi itu.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan