Bom Lama Disangka Besi Buruk - Berita Jenayah | mStar

Bom Lama Disangka Besi Buruk

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 11:29 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Seorang pemandu jengkaut terkejut setelah mengetahui sebutir bom lama yang dijumpainya di sebuah kawasan belukar di Kampung Seri Bandi, dekat sini, pada petang Khamis sebenarnya masih aktif.

Zukifli Jusoh, 36, menjumpai objek berkenaan kira-kira pukul 7 petang ketika berhenti rehat sebentar di tepi jalan berhampiran kawasan belukar sebelum terlihat satu objek separuh tertanam dalam tanah di tepi jalan berkenaan. 

Katanya tanpa berfikir panjang beliau mengambil objek itu dan bawa pulang ke rumah kerana menyangkakan objek yang ditemuinya itu besi buruk namun selepas diteliti serta mendapat bantuan penduduk kampung, mereka menasihatkan agar besi buruk itu dikembalikan ke tempat asal.
 
"Curiga dengan objek berkenaan, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam saya ambil keputusan meletakkan kembali objek itu ke tempat asalnya sebelum memaklumkan kepada pihak polis. 
 
"Namun tidak beberapa lama kemudian, saya sangat terkejut apabila pihak polis memaklumkan objek yang saya sangka besi buruk biasa rupanya sebutir bom yang masih aktif," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. 

Zulkifli berkata beliau bernasib baik kerana tidak mengetuk objek sebesar lengan itu untuk mendapatkan tembaga yang berkualiti padanya. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan penemuan bom terbabit petang semalam dan tindakan segera telah diambil bagi memusnahkan bom lama itu. 

Katanya pihak polis tidak menolak kemungkinan bom lama itu telah digugurkan oleh kapal terbang perang pada satu masa dahulu. 

Tags / Kata Kunci: bom , besi buruk
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan