Lebih 10,000 PATI DItahan Dalam Operasi Bersepadu

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 12:27 PM

Anggota Imigresen Melaka memeriksa dokumen perjalanan buruh binaan yang ditahan dalam operasi bersepadu 6P di tapak pembinaan di Mukim Ayer Panas , Jasin, Khamis.

(Ubah saiz teks)

MELAKA:Jabatan Imigresen menahan 10,399 pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitkan pelbagai warganegara menerusi 1,644 operasi bersepadu yang dijalankan di seluruh negara sejak akhir Januari lalu.

Jumlah itu, warga Indonesia mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi dengan 3,914 orang diikuti Myanmar (1,621); Bangladesh (1,307); Filipina (764); Nepal (552); India (482); Thailand (413); Pakistan (385); Vietnam (276); Kemboja (226); Sri Lanka (130); China (112); Turki (89); Nigeria (71) dan lain-lain (57).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kesemua operasi itu melibatkan pemeriksaan terhadap 35,757 warga asing.

"Dalam operasi ini juga 156 tangkapan melibatkan majikan dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi bersepadu Jabatan Imigresen Melaka di sini, Khamis.

Katanya, 13,455 pendatang tanpa izin dihantar pulang ke negara masing-masing dalam tempoh itu.

Dalam pada itu, Wan Junaidi meminta anggota penguat kuasa termasuk Imigresen, polis, RELA dan JPAM yang terlibat dalam operasi penahanan PATI supaya melaksanakan tugasan dengan berperikemanusiaan agar tidak menimbulkan persepsi atau cerita buruk mengenai negara ini.

"Kita tidak mahu mereka ini balik membuat cerita yang tidak baik tentang negara kita dan dalam masa sama kita kena pertahankan negara kita, kena jaga undang-undang dan mereka kena hormat undang-undang negara kita kalau mereka nak datang kerja di negara ini," katanya.

Terdahulu, 52 warga asing terdiri daripada 21 lelaki dan dua wanita warga Indonesia; 17 lelaki warga India; 11 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Pakistan ditahan dalam operasi kira-kira dua jam bermula 11 malam tadi di tapak pembinaan di Melaka Raya di sini.

Kesemua mereka ditahan kerana disyaki masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah; melanggar syarat pas, permit atau sempadan serta tinggal di negara ini setelah pas atau permit tamat tempoh.

Tags / Kata Kunci: PATI , operasi bersepadu , Imigresen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan