Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka lemas setelah dihanyutkan ombak besar ketika mandi di pantai berhampiran Chalet Gelombang di sini pada Isnin.

Dalam kejadian pada kira-kira 5.10 petang itu, mangsa, Mohd Solihin Zaki dan Khairul Ikhwan Roshim, bersama-sama tiga lagi rakan mereka dipercayai ke pantai berkenaan untuk mandi.

Seorang rakan mangsa, Hasan Basri Zulkifli, 15, berkata Khairul yang menggunakan pelampung sedang mandi bersama-sama Mohd Solihin apabila secara tiba-tiba ombak besar menghanyutkan mereka.

"Ketika ombak besar menarik mereka berdua, saya dan dua rakan lagi terus ke pesisir pantai untuk meminta bantuan daripada orang yang berada berdekatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mayat Solihin ditemui pukul 6.30 petang manakala Khairul 15 minit kemudian kira-kira 20 meter dari lokasi mereka lemas hasil bantuan pasukan penyelamat dan bot nelayan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Ahmad Zailani Yaacob ketika ditemui mengesahkan menerima perkara itu dan berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: Remaja , Lemas , SMK Seri Paka

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan