Seorang Maut, Lima Lagi Cedera Van Sekolah Terjunam Ke Dalam Kolam

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 5:03 PM

Van sekolah yang dipandu seorang wanita terhumban ke dalam sebuah kolam kumbahan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang kanak-kanak maut manakala lima lagi berada dalam keadaan kritikal selepas sebuah van sekolah terjunam ke dalam sebuah kolam kumbahan di Taman Universiti di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari di Jalan Pertanian 7.

"Kanak-kanak itu sedang masuk ke dalam van tersebut yang mengundur secara tiba-tiba dan merempuh sebuah pagar sebelum terjunam ke dalam kolam.

"Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar, 5. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat manakala lima murid yang lain dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Mohd Khamsani berkata, polis turut menahan pemandu wanita itu untuk membantu siasatan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan