Bunuh Buruh: 12 Ditahan Bantu Siasatan

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis menahan 12 lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang buruh membina jalan raya di rumahnya di Perumahan Rumah Murah Sungai Kerpan, Kuala Lipis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata kumpulan tersebut dipercayai mendatangi rumah K. Panaselvam, 50, kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum berlaku pergaduhan dan mangsa diserang dengan kayu.

Beliau berkata mangsa yang cedera parah di kepala dan badan kemudiannya dibawa keluarganya ke Hospital Kuala Lipis sebelum dirujuk ke Hospital Temerloh.

"Bagaimanapun mangsa disahkan mati pada jam 8.30 malam tadi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebelum kejadian, anak perempuan mangsa turut menghubungi pihak polis mengenai sekumpulan lelaki datang ke rumahnya dan membuat bising.

Ketibaan pihak polis menyebabkan kumpulan terbabit beredar dari situ, katanya.

"Dipercayai kumpulan itu datang semula ke rumah mangsa selepas pihak polis beredar dan tercetus pergaduhan antara mereka dengan mangsa," tambahnya.


Tags / Kata Kunci: Polis , Kuala Lipis , Kuantan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan