Lima Maut Dalam Lima Kemalangan di Pahang

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 3:25 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki yang dipercayai memandu sebuah kereta curi terbunuh selepas kereta itu terbabas dan merempuh tiga batang pokok pinang hiasan di persimpangan lampu isyarat dekat Taman Tas di sini, Ahad.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata nahas berlaku pukul 2.05 pagi semasa Chiam Soon Leng, 35, dari Klang, Selangor dalam perjalanan dari arah Gambang menuju Kuantan.

Beliau berkata kereta itu dilaporkan hilang pada 24 Jan lepas dan nombor pendaftarannya didapati palsu.

Sementara itu dua penunggang motosikal maut selepas motosikal mereka bertembung antara satu sama lain di Km 3, Jalan Jerantut-Maran dekat Jerantut kira-kira 7.30 malam Ahad.

Mohamad Aidil Da'e, 20, dari Felda Jengka 19 dan M.Muruges Kaunder, 26, dari Jerantut mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mohamed Fauzi berkata dalam kemalangan lain, seorang wanita Safiah Daud, 28, dari Felda Tementi, Bera maut selepas keretanya terbabas dan merempuh tiang lampu di Km 27, Jalan Temerloh-Bahau, dekat Bera kira-kira 7.25 malam Ahad.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata seorang kontraktor maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta di Jalan Pulau Jawa-Kuala Pahang dekat Kampung Siong, Pekan kira-kira 7.51 malam Ahad.


Tags / Kata Kunci: Pahang , Kuantan , Rompin , Polis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan