Esscom Tahan Bot Pam Cuba Masuki Perairan Negara

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan sebuah bot pam dari selatan Filipina yang cuba memasuki perairan negara melalui laluan utara Pulau Pom-Pom awal pagi Ahad.

Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata anggota unit tindakan khas dan polis marin di bawah pengawasan Esscom turut menahan empat lelaki yang berumur antara 27 dan 45 tahun yang menaiki bot berkenaan, dalam operasi khas kira-kira 4 pagi.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, keempat-empat lelaki berkenaan dikatakan bekerja sebagai nelayan yang berasal dari Pulau Sitangkai (Filipina) dan mereka sedang dalam perjalanan menuju ke Kampung Batu, berdekatan Kampung Simunul, Semporna.

"Mereka dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi yang dibeli di Pekan Semporna dan dijual di selatan Filipina (Sitangkai). Bot pam itu juga dipenuhi dengan 'jericane' (tong) kosong," katanya dalam satu kenyataan di sini , Ahad.

Mohammad berkata pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah 45,000 peso (kira-kira RM4,000) daripada kumpulan itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan