Lelaki Maut Diserang Empat Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 9:06 PM

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas diserang sekumpulan empat lelaki berhampiran Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini, Sabtu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata dalam kejadian 2.20 petang itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an cedera parah di kepala, tangan dan lutut.

Beliau berkata dia ditemui orang awam dalam keadaan terkulai tetapi masih bernyawa di tempat duduk pemandu sebuah kereta.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.45 petang di Hospital Selayang, katanya ketika dihubungi Bernama.

Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati mangsa diserang empat lelaki yang dipercayai dikenalinya. Kejadian disyaki bermotifkan pengedaran dadah," katanya.

Polis turut menemui sebuah motosikal dan sebuah kereta yang disyaki ditinggalkan kumpulan lelaki itu.

Khairi berkata usaha mengesan empat suspek utama kes itu masih dijalankan dan kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tags / Kata Kunci: Khairi Ahrasa , mati , ditetak , Jinjang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan