16 Warga Vietnam Terlibat Kegiatan Samun Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 8:11 PM

ACP Azman Ayob.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Polis menahan 16 warga Vietnam termasuk dua wanita dalam tiga serbuan berasingan di sini kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata kesemua suspek berusia antara 19 dan 41 tahun itu ditahan ekoran penahanan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dipercayai membawa kumpulan warga asing berkenaan melakukan jenayah dengan sebuah kereta sebelum itu.

"Polis merampas kereta Perodua Viva yang digunakan lelaki tempatan itu dan merampas dua komputer riba daripada seorang lelaki Vietnam dalam serbuan di tempat tinggal mereka," katanya dalam sidang media di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Muar pada Khamis.

Katanya, polis menerima aduan daripada seorang pengawal keselamatan sebuah kilang perabot di sini pada 4 April lepas mengadu kilangnya disamun sekumpulan lelaki, membabitkan kehilangan barangan bernilai RM56,000 dan wang tunai RM10,000.

Ekoran itu pihak polis membuat tiga serbuan ke atas asrama pekerja kilang berkenaan pada 7.30 pagi Isnin lepas dan menahan lelaki serta wanita warga Vietnam terbabit.

Azman berkata pihaknya percaya dengan penahanan kumpulan pekerja warga asing itu dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes samun dan pecah kilang yang dilaporkan di daerah itu.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada perbuatan jenayah pekerja asing itu ada kaitan dengan masalah pemberhentian kerja oleh kilang-kilang haram di sekitar daerah ini," kata beliau.

Kesemua warga Vietnam dan seorang warga tempatan itu kini ditahan reman sehingga 20 April depan untuk siasatan lanjut.
Tags / Kata Kunci: ACP Azman Ayob , Muar , warga Vietnam , samun

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan