Pil Kuda dan Heroin Bernilai RM5.7 Juta Dirampas

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis Kelantan merampas 199,791 biji dipercayai pil kuda dan 350 botol berisi heroin yang keseluruhan dianggar bernilai RM5.7 juta dalam Ops Cantas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang pada Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ia merupakan hasil serbuan ke atas sebuah rumah kira-kira 9 malam yang turut menyaksikan penahanan seorang wanita warga Thailand yang berumur 40 tahun bersama empat kanak-kanak berusia antara dua hingga 12 tahun.

"Dadah disembunyikan dalam lubang yang ditutup dengan jubin dalam rumah berkenaan. Bagaimanapun suspek utama iaitu seorang lelaki yang dipercayai suami wanita itu, melarikan diri sebelum serbuan dilakukan.

"Polis telah mengenal pasti lelaki rakyat tempatan berumur 47 tahun itu yang disyaki mengedar dadah di Kelantan dan Terengganu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Khamis.

Siasatan awal mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kata Jalaluddin sambil menambah pihaknya percaya pil kuda itu dijual dengan harga RM25 sebiji.

Wanita tersebut direman seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut manakala empat kanak-kanak berkenaan dibebas dengan jaminan.

Jalaluddin berkata pihaknya telah meminta kerjasama polis Thailand bagi mengesan lelaki itu yang disyaki melarikan diri ke negara jiran berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , PGA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan