Seorang Maut, Dua Parah Jatuh Dari Tingkat 22 - Berita Jenayah | mStar

Seorang Maut, Dua Parah Jatuh Dari Tingkat 22

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 12:24 PM

Dua warga asing yang mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah kondominium di Pulau Tikus pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang buruh binaan warga Indonesia maut manakala dua lagi cedera selepas platform sokongan di tingkat 22 sebuah kondominium yang masih dalam pembinaan runtuh di Pulau Tikus di sini pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, dua lelaki warga asing berkenaan hanya mengalami kecederaan selepas mereka terjatuh di tingkat lapan dari tingkat 22 manakala mangsa yang maut jatuh atas tanah.

Ketua Balai Bomba Bagan Jermal, A. Ravi berkata, semasa kejadian tiga buruh terbabit sedang melakukan kerja menampal simen pada dinding luar kondominium berkenaan.

"Ketika itu ketiga-tiga mangsa sedang berkerja di atas sekeping kayu yang diletak di atas perancah yang disusun sepanjang pembinaan.

"Perancah yang dipasang secara tidak kukuh dipercayai menjadi punca runtuhan sehingga menyebabkan seorang lelaki terbunuh," katanya.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang.





Tags / Kata Kunci: Pulau Tikus , Bomba , Indonesia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan