Sembilan Kaki Pecah Rumah Masuk Perangkap

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Dua kumpulan pecah rumah tumpas dengan tertangkapnya sembilan anggota kumpulan itu termasuk seorang pelajar berumur 14 tahun dan seorang wanita berumur 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros berkata kedua-dua kumpulan saling bekerjasama dalam menjalankan aktiviti mereka.

Beliau berkata satu kumpulan mempunyai anggota berumur antara 14 hingga 17 tahun manakala satu lagi berumur antara 24 hingga 35 tahun.

"Penangkapan mereka setakat ini telah menyelesaikan tujuh kes pecah rumah termasuk tiga kes membabitkan tiga buah Tadika di Beseri dekat sini," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis dan menambah pihaknya berharap dapat menyelesaikan 15 lagi kes pecah rumah yang dilapor di Beseri, Kaki Bukit dan Padang Besar sejak awal tahun ini.

Beliau berkata penahanan dilakukan dalam operasi khas yang lancarkan bulan lepas dengan suspek pertama ditahan pada 2 April dan yang terakhir seorang wanita pada Rabu.

Che Man berkata polis menemui semula barang-barang yang dicuri bernilai lebih RM15,000 antaranya komputer riba, kamera, generator dan peralatan eletrik.

Polis juga sedang mencari Yusri Jusoh, 24, yang dikenali sebagai 'E Dokong' beralamat terakhir Batu 8, Jalan Kaki Bukit, Kampung Padang Malau, Beseri, bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Padang Besar , Perlis , Beseri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan