Dua Cedera Parah Diserang Geng Kongsi Gelap

Diterbitkan: Khamis, 10 April 2014 7:56 PM

Abdul Rahim Hanafi.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Dua lelaki cedera parah diserang sekumpulan anggota kongsi gelap ketika sedang minum di sebuah kedai di Pasar Awam Sama Gagah, dekat sini Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-duanya, masing-masing berusia 46 dan 58 tahun itu cedera parah di seluruh badan akibat dikelar dan ditikam lebih 20 lelaki bersenjatakan parang dan pisau dalam kejadian 5 petang itu.

"Lebih 20 lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun yang menaiki tujuh kereta itu bertindak memukul dan menikam mangsa tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

"Orang ramai cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi gagal dan mereka menghubungi polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kempen Cegah Kecurian Motosikal Peringkat Pulau Pinang, di sini Khamis.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu kini masing-masing dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini dan Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Mangsa yang dirawat di HPP berada dalam keadaan kritikal dan boleh dikatakan seluruh badannya terdapat kesan tikaman dan kelar," katanya.

Abdul Rahim berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa gagal membayar hutang kepada kumpulan kongsi gelap berkenaan.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti anggota kongsi gelap yang terlibat dalam kejadian itu dan usaha menjejak mereka giat dijalankan.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Abdul Rahim berkata kes kecurian motosikal bagi Januari hingga Mac tahun ini ialah 210 kes, hanya meningkat satu kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Jumlah tangkapan melibatkan kes kecurian motosikal di Pulau Pinang bagi tempoh itu tahun ini ialah 228 orang melibatkan lingkungan umur 18 hingga 45 tahun, katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan